Akaun perkimdksumbangan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Jom Laksanakan Ibadah Qurban 2022 Bersama PERKIM Cawangan Datuk Keramat

LAKSANAKAN IBADAH QURBAN

Berapa ramai dari kita yang mampu menjalankan ibadah korban, namun mengambil mudah akan tuntutan ini? 

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang memiliki kelapangan (rezeki) dan tidak melakukan Qurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami." -Riwayat Ahmad & Ibnu Majah

Walaupun menurut jumhur ulama hukum Qurban ialah sunat mu’akad dan bukan wajib, hukumnya adalah wajib bagi mereka yang berkemampuan menurut mazhab Hanafi.

Ini menunjukkan besarnya tuntutan untuk kita melaksanakan ibadah Qurban ini.




Buat julung kalinya PERKIM Datuk Keramat buka penyertaan untuk ibadah Qurban.

Proses penyembelihan, melapah dan agihan akan diuruskan oleh pihak kami.

Bagi pengagihan daging, inshaa-Allah akan dilakukan pada:

Tarikh: Hari Raya Haji Kedua
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), 51200 Kuala Lumpur


Sebahagian daging lagi akan diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar Lembah Klang.

Kami menjangkakan seramai 200 orang penerima akan mendapat manfaat daripada Qurban yang anda laksanakan.



Sasaran Qurban kami tahun ini adalah 30 ekor lembu, dengan satu bahagian adalah RM800.

Hanya dengan RM800, anda akan dapat:

1. Melaksanakan tuntutan Ibadah Korban
2. Memanfaatkan daging korban tersebut kepada golongan asnaf dan memerlukan yang dikenalpasti di Malaysia.




Dari sasaran 30 ekor lembu, penyertaan berbaki lagi 26 ekor lembu

Ayuh mendaftar sekarang sementara penyertaan masih dibuka


Pemberitahuan: 

Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.