Akaun perkimdksumbangan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Hapuskan Dosa Dengan Sedekah Jumaat

Hapuskan Dosa Dengan Sedekah Jumaat

Assalamu'alaikum Bakal Penghuni Syurga InsyaAllah


Masuknya anda ke laman ini bermakna anda bersedia merebut peluang

SEDEKAH JUMAAT


Sabda Rasulullah SAW :


بَلَغَنَا عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى أَنَّ رَسُولَ اللهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَكْثِرُوا الصَّلَاةَ عَلَيَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَإِنِّي أُبَلَّغُ وَأَسْمَعُ قَالَ وَيُضَعَّفُ فِيهِ الصَّدَقَةُ


Maksudnya : “Telah sampai kepadaku dari Abdillah bin Abi Aufa bahwa Rasulullah bersabda, ‘Perbanyaklah membaca selawat kepadaku di hari Jumat sesungguhnya selawat itu sampai dan aku dengar’. Nabi bersabda, Dan di hari Jumat pahala bersedekah dilipatgandakan

 

SEDEKAH DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA

buat mereka yang berinfak di jalan-Nya


Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ

Yang bermaksud: Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Namun demikian, penghapusan dosa dengan sebab sedekah di sini mestilah disertai dengan taubat atas dosa yang telah dilakukan.



Rebutlah Jumaat ini dengan Sedekah dan Solat



Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” -  (Riwayat al-Bukhari)

_______________________________________________________________________________

 

 

 

Siapakah PERKIM?

 

 

Menurut statistik Jabatan Kebajikan Malaysia, sehingga April 2021, terdapat 592,856 orang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar. Namun, jumlah ini dikatakan kurang, kerana terdapat ibubapa dan penjaga mereka yang masih belum mendaftarkan tanggungan mereka.

 

Sungguhpun pelbagai inisiatif dilakukan, fasiliti, infrastruktur dan kebajikan untuk golongan ini masih kurang di Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain.

 

Sebagai sebuah NGO yang menjadikan “KEBAJIKAN” sebagai objektif utama, PERKIM mengambil inisiatif membuka sumbangan untuk membantu golongan yang terjejas seperti mereka. 

 

Akan tetapi, dana yang sedia ada masih belum mampu untuk menampung setiap seorang yang memerlukan bantuan kami.

 

Puan Jamilah, seorang ibu tunggal memerlukan bantuan untuk 2 orang anaknya yang menghidap penyakit Parkinson. Salah seorang darinya juga adalah ibu tunggal, mempunyai 3 orang anak dan tidak mampu berdiri untuk menguruskan diri sendiri. Maka, Puan Jamilah adalah penjaga bagi kesemua mereka sekeluarga.

 

Setiap bulan belanja makanan harian sahaja (susu khas) untuk suami Puan Che Gayah sudah mencecah RM1,500.

 

     

Encik Husairi memerlukan bantuan perbelanjaan untuk anaknya Mohd Amiruddin, pesakit Down Syndrome, dan Hoerul Mukminin, yang mengalami masalah pendengaran dan pembelajaran.

 

Golongan istimewa ini amat memerlukan sumbangan yang berterusan dari anda. Tanpa bantuan dari orang lain, ada sebahagian dari mereka tidak mampu untuk berdikari sendiri. Setiap hari adalah cabaran yang besar bagi mereka.

Begitu jugalah bagi ibubapa dan penjaga mereka. Sukar bagi mereka untuk bekerja seperti biasa. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Walaupun mendapat bantuan daripada agensi kerajaan setiap bulan, namun jumlah tersebut kebiasaannya tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan yang tinggi bagi keperluan ubat-ubatan, makanan (susu khas), lampin pakai buang dan beberapa keperluan penting yang lain.

 

PERKIM membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa, kaum ataupun agama.

 

Oleh itu, adakah kita yang masih diberi rezeki kesihatan ini rela membiarkan mereka yang tidak terdaya ini?

 

Ayuh bersama kami membantu mereka meringankan beban.



Niat sedekah JUMAAT ini dan baca doa yang dihajati

 

Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya di hari Jum'at terdapat satu waktu yang mustajab bila seorang hamba muslim melaksanakan shalat dan memohon sesuatu kepada Allah pada waktu itu, niscaya Allah akan mengabulkannya.Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan tangannya menggambarkan sedikitnya waktu itu" (HR. Muttafaq Alaih)